JellyPages.com

Friday, December 6, 2013

Sabtu Ketiga


Hari ini genap 3 minggu ina bekerja di Citylink. 

Seronoknya bertambah-tambah dikelilingi staf-staf yang amat memahami dan sporting.

Semua kerja dapat disettlekan walaupun ina masih baru. Semua baik hati, bagi tunjuk ajar pada ina.
Terima kasih staf-staf ina. 

Love You ALL~~

* hari ini ina siapkan claim staf. settle

Wednesday, December 4, 2013

Blackout & Kerja

Berikutan semalam kebanyakan laluan bandar dan kampung-kampung dinaiki air/dilanda banjir, bekalan elektrik seluruh bandar ni terputus sejak dari 1:00 pagi tadi.

Ina bangun je tidur subuh tadi dengan bersemangat nak keje. Ingatkan dah ada karen lah kan.
Tapi hampehh..! 

Nampak gaya nya tidak ter'iron' lah baju keje nanti.

Lagi satu masalah, gate pun tak boleh buka weii.. Tu la jadahnya pakai remote..! Nak keluar tak boleh daa.. Apa lagi mesej bos la tak dapat pergi kerja selagi elektrik belum ada. Takkan nak panjat pagar kut??

Lebih kurang jam 8:30 pagi, staf kat tempat keja Ina bagitau hanya ada 2 3 orang staf & bos je. Macam mana nak kerja kalau semua blackout. Nak buat ape-ape memang tak boleh dah. Bos pun dah bagi kebenaran untuk "bercuti".. hihi ^^

Dah dengar bos bagi cuti, ape lagi.. Ina sambung siapkan kerja-kerja yang tergendala sejak malam tadi. Basuh baju..! Kemas bilik lepas tu siap-siap nak keluar jalan-jalan HAHA (masa ni tuan rumah dah datang buka skru gate.. so tak perlu pakai remote untuk sementara..)


Sebenarnya nak masuk Muzium Sultan Abu Bakar, tapi disebabkan banjir semalam kut, dorang tengah kemas dalam tu. So tak boleh masuk.

Jadi bergambar kat luar bangunan saja..





Lepas tu, Ina ke seberang jalan. Lupa pulak ape nama tempat tu (Muzium Pengangkutan Air kalo tak silap Ina). Ada jenis-jenis pengangkutan air yang digunakan sejak zaman dahulu seperti perahu, sampan, kapal layar dll.




Agak lama ina pusing-pusing kawasan situ, tapi tak banyak gambar sempat diambil disebabkan kamera kehabisan bateri. :(

Apa pun enjoy sangat hari ni.. Jalan-jalan kenal tempat orang (curi masa kerja haha)

Selepas kepenatan Ina sempat order nasi ayam sebelum balik umah.

.
.
.
Esok KERJA..! Yaayyy..!


See you..~~

.




Tuesday, December 3, 2013

Masih di Sini

Jam menunjukkan 4:50pm. Ina masih bertungkus-lumus (laa sangat..) menyiapkan kerja-kerja yang masih berbaki.

Sepatutnya dah boleh balik (walaupun hari ni bukan Sabtu), tetapi disebabkan office dilanda banjir (agak teruk jugak laa), so kitorang dibolehkan kalo nak balik awal. 

.
.
.
Gambar-gambar banjir kat office. 

Sempat lagi posing tuu..!
K.Fiza & Huda

Ina & Huda

ramei2

Front Desk

Dalam Office

Operation

Operation

Operation

Okeh..
Siap kemas barang-barang kat bawah.., ina perlu siapkan kerja-kerja ni

1.Punch Card staff
2. Borang claim/overtime
3. Custom duty

Baru ku tahu gini kerja nya seorang BM.. huahua.
nanges..!

Settle kerja ina chowwwww..!~